SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SUKAM KE-17 2009 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa Kali ke-17 2009 (SUKAM XVII '09)
0 comments Posted by sukan17 at 6:41 AMPendahuluan
Di dalam melahirkan sebuah generasi Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang, aspek sukan merupakan salah satu saspek yang tidak boleh diambil berat. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam sasarannya pada tahun 2010 telah menyasarkan objektifnya untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
Bagi objektif tersebut, KBS telah merangka strategi yang memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab,dinamik dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa selain meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.
Penglibatan golongan belia khususnya institusi pengajian tinggi di dalam Sukan Massa ini adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Negara. Sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat Malaysia perlu mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sihat menerusi acara sukan yang disertai dari peringkat akar umbi. Penerapan budaya kesukanan di kalangan belia amatlah perlu sejajar dengan usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas selain mengamalkan budaya sukan sepanjang hayat ke arah peningkatan kualiti gaya hidup baik dari segi sosial dan fizikal.
Selaras dengan matlamat di atas, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Rahman Putra akan menganjurkan Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa Kali ke-17 2009 (SUKAM XVII '09) dengan tema "Perpaduan Sukan Teras Kegemilagan Negara". Penganjuran sukan ini selaras dengan matlamat bagi melahirkan gologan mahasiswa dan mahasiswi yang bersatu padu dan berbudaya sukan. Penganjuran ini juga diharapkan dapata memberi ruang kepada Universiti untuk melahirkan atlet-atlet yang berpotensi menyumbangkan pingat kepada Malaysia di dalam acara-acara sukan Negara.
Jenis Program
Program ini adalah berbentuk sukan massa yang melibatkan pertandingan antara kolej-kolej di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Skudai.
Matlamat
Kejohanan SUKAM XVII '09 bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia di dalam acara sukan sebagai aktiviti rutin dan mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Melaluinya, diharapkan agar seluruh golongan mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi melahirkan golongan masyarakat yang proaktif dan terbilang.
Objektif
1.Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cerdik pandai di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti berteraskan kesukanan.
2.Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk berani mencuba dan mencungkil bakat-bakat baru atlet sukan yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
3.Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negera di masa hadapan.
4.Menjalin integrasi kaum dan saling mengukuhkan perasaan muhibbah dan bersatu padu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengira batas kaum, bangsa dan agama.